Bekas menteri, Dr Siti Zaharah meninggal dunia


  • Politik
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada pukul 11.23 malam tadi (Khamis).

BEKAS Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada pukul 11.23 malam, Jumaat.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di laman Facebooknya.

Allahyarhamah yang berusia 75 tahun itu merupakan bekas Ketua Wanita Umno dan juga bekas Ahli Parlimen Paya Besar.

BACA LAGI: Tun Micheal penyokong setia parti, beri sumbangan besar — Wee Ka Siong

BACA LAGI: Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan

"Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman baru sahaja dijemput menemui penciptanya (11:23 pm).

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

"Banyak Arwah titipkan nasihat dan pesanan kepada saya selama ini. Pastinya akan saya simpan kemas dalam hati sebagai azimat dan panduan, " tulisnya di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram