PENYOKONG Kedah Darul Aman (KDA) FC akhirnya boleh menarik nafas lega apabila kelab itu mengumumkan pakaian baharu bagi musim 2024/25.
Jersi yang tidak menampilkan penaja rasmi itu boleh dikatakan sesuatu yang agak baharu dalam arena bola sepak tanah air kerana perkara sedemikian jarang dilihat sebelum ini.
Begitu pun, kit jersi yang dilancarkan di semua platform media KDA FC pada Jumaat itu menerima reaksi positif daripada penyokong setia mereka setelah menunggu sekian lama.
BACA LAGI: Bukan bek Korea Selatan, JDT rupanya intai pertahanan Palestin hadapi ACLE
BACA LAGI: Aksi TFC-JDT jarang mengecewakan, 3 pertembungan sukar dilupakan
Jersi 'home' mengekalkan kombinasi warna tradisi hijau dan kuning, sementara 'away' pula menggunakan warna hijau gelap dengan sedikit campuran warna oren.
Selain mengumumkan jersi 'home' Sang Kenari, majlis pelancaran itu turut memperkenalkan jersi 'away' dan penjaga gol dengan rekaan berbeza ditampilkan.
Meskipun menjadi kelab terakhir melancarkan jersi rasmi musim ini namun penyokong Jelapang Padi itu dilihat tetap sabar menanti.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, ramai fans Sang Kenari berpuas hati dan bersetuju dengan jersi rasmi Kedah tersebut.
"Walaupun hanya ada lencana di dada, yang penting semangat Hijau Kuning ada di jiwa, memang kena dengan jiwa anak jati," kata Pak Lah Kembara Diri.
"Kita sebagai anak jati Kedah harus sokong team, sebab kita adalah 'pemain ke-12' yang boleh bantu team kita lagi semangat, apa-apa pun cantik jersi baharu," kata Muhammad Nizar.
"Jersi baharu Kedah memang padu walaupun hanya ada lencana, semoga dapat diterjemahkan di atas padang," kata Saiful Akmar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram