'Satu kampung kena laknat', penceramah ulas isu jasad suami mualaf Jennifer Coppen dibakar, abu dibuang ke laut


  • Mukmin
  • Khamis, 25 Jul 2024

Abdul Somad membuat ulasan mengenai isu jenazah umat Islam berstatus mualaf yang dibakar bertentangan dengan hukum agama.

MESKIPUN sudah memeluk agama Islam, jenazah suami kepada pelakon Indonesia, Jennifer Coppen iaitu Yitta Dali Wassink tetap dibakar sebelum abunya dibuang ke laut.

Perkara itu mengundang pertikaian ramai pihak yang berasa kecewa dengan ahli keluarga yang tidak mempertahankan agar jenazah menjalani tatacara pengebumian mengikut syariat Islam.

Susulan daripada itu, netizen memuat naik semula ceramah yang disampaikan penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad yang membincangkan tentang isu tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara peluk peminat basah atas pentas, penyanyi terkenal Brazil maut kena renjatan elektrik

BACA LAGI: 'It's not fair tunjuk bahagia di saat rakyat Palestin menderita', Fazura jelaskan dakwaan rumah tangga bergolak

WhatsApp Image 2024-07-25 at 11.24.12 AM

Menurut Abdul Somad, berdasarkan syariat Islam, tindakan tersebut adalah haram bagi seorang yang beragama Islam.

"Apabila ada seorang muslim di mana ibu bapanya tidak tahu bahawa dia sudah muslim tetapi jenazahnya dikremasi (dibakar) maka satu kampung tanggung dosa.

"Itu yang dinamakan fardu kifayah. Kifayah bermaksud jika sebahagian daripada masyarakat melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh masyarakat," katanya.

Abdul Somad turut menasihati setiap individu yang baru memeluk Islam (mualaf) agar mencatat maklumat identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian kelak.

"Kalau sudah mengucap dua kalimah syahadah, berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara," katanya.

2166273076

Dali Wassink dan Jennifer Coppen berkahwin pada 10 Oktober 2023.

Dalam perkongsian itu, UAS turut menceritakan tentang kisah mayat seorang Muslim yang meninggal dunia tetapi ingin dibakar.

"Kemudian datang seorang muslim yang mempunyai bukti bahawa jenazah telah masuk Islam, maka jenazah itu terpaksa dikebumikan.

"1 juta penduduk selamat jika ada seorang yang laksanakan fardu kifayah ini. Tetapi jika tidak dilaksanakan, kampung itu akan dilaknat ALLAH.

"Perhatikan baik-baik, jadi selagi saya menerima syahadat, bermakna saya mualaf," katanya.

Sebelum ini, Jennifer berkata, mayat suaminya yang berketurunan Thailand dan Belanda itu dibakar kerana permintaan suaminya sendiri sewaktu masih hidup.

"Kenapa Dali dibakar? Saya nak minta awak hormati sahaja keputusan keluarga. Dan itu permintaan Dali.

"Memang Dali ni mualaf, Dali baru belajar Islam. Sebelum makan baca bismillah. Masuk rumah ucap assalamualaikum. Tetapi mungkin kerana dia tidak belajar banyak, Dali tidak begitu faham tentang agama Islam. Dan itu adalah permintaan Dali untuk dibakar.

"Tolong hormati sahaja keputusan Dali. Sekarang Dali sudah aman," jelas ibu kepada seorang anak itu," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram