Sarjan, pemandu lori direman terima suapan RM10,000


Kedua-dua lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang lelaki sebagai balasan menyelesaikan kes curi.

SEORANG anggota polis berpangkat sarjan antara yang terlibat daripada dua lelaki yang ditahan reman di George Town, Pulau Pinang selepas disyaki menerima suapan RM10,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sarjan dan seorang pemandu lori terbabit direman kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berhubung kes kecurian.

“Perintah reman selama dua hari sehingga 27 Julai dikeluarkan untuk anggota polis itu manakala perintah reman selama empat hari sehingga I29 Julai depan dikeluarkan untuk pemandu lori," katanya.

BACA LAGI: MPKS tak cadang wujud tapak penjaja di Eco Grandeur, ada 10 lagi petak kosong sekitar Puncak Alam

BACA LAGI: Pasangan suami isteri pempengaruh disyaki seleweng derma bebas dengan jaminan

Kenyataan tersebut turut menyatakan Majistret Mohamad Azlan Basri sebagai pendaftar mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut.

Beliau mengeluarkan perintah itu pada Jumaat di Mahkamah Majistret, George Town atas permohonan SPRM.

Kedua-dua lelaki berusia 30 tahun itu ditahan antara pukul10 malam dan tengah malam pada 25 Julai ketika mereka berada di pejabat SPRM negeri untuk memberikan butiran kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berpakat meminta dan menerima rasuah daripada seorang lelaki sebagai balasan menyelesaikan kes curi membabitkan tunangnya,” katanya.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram