Kes bunuh Nur Farah Kartini, anggota polis didakwa Jumaat bawah Seksyen 302 KK


  • 112
  • Khamis, 25 Jul 2024

Suspek pembunuhan Nur Farah Kartini akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

SUSPEK kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Difahamkan, pertuduhan ke atas anggota polis berpangkat Lans Koperal itu akan dijalankan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor pagi Jumaat.

BACA LAGI: Pencarian bukti selesai, siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini hampir siap — Ketua Polis Selangor

BACA LAGI: Dua rangkai kunci kereta, dompet disahkan milik Nur Farah Kartini

Terdahulu, media melaporkan siasatan pihak polis dijalankan bagi mencari bukti di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Sungai Trolak di Kampung Batu, Perak dan juga di Slim River.

Barang milik mangsa termasuklah telefon dan beg tangan telah dijumpai di lokasi siasatan, kad sim telefon suspek juga turut ditemui.

Polis percaya lokasi di Kampung Sri Keledang adalah tempat kejadian jenayah utama dan pembunuhan itu dilakukan oleh seorang individu.

Mayat mangsa dilaporkan ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor 15 Julai lalu.

farah 3

Allahyarham Nur Farah Kartini dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak, 11 Julai lalu dan telah ditemui meninggal 15 Julai lalu.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak, 11 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Suspek yang juga seorang anggota polis, dipercayai teman lelakinya, ditahan dan direman selama tujuh hari.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram