SEBANYAK tiga tan asid telah dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah susulan penemuan bau abnormal seperti asid pada Isnin.
Menurut agensi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pihaknya melaksanakan langkah pencegahan dengan meletakkan 22 beg AC di lokasi Sungai Kundang dan 11 beg AC di Sungai Sembah bagi menyah bau.
Langkah pencegahan tambahan termasuk pemantauan statik setiap 30 minit di Sungai Kundang, Sungai Sembah, dan Sungai Selangor untuk memantau dengan teliti situasi sungai. — Agensi
Pemantauan statik LUAS di Sungai Kundang, Sungai Sembah dan Sungai Selangor ditingkatkan kepada setiap 30 minit bagi memantau rapi keadaan sungai.
BACA LAGI: Empat remaja rogol budak bawah umur di Teluk Intan bebas dengan jaminan polis
Susulan itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan penghentian sementara operasi empat loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
Berikutan henti tugas empat LRA tersebut, tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan yang terjejas.
"Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna.
"Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan- kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram