[VIDEO] Angkara 'blindspot', warga emas maut digilis lori di Taiping


  • 112
  • Selasa, 23 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan detik-detik kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Kamunting, Taiping, Perak pada Ahad.

SEORANG lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori sebelum digilis dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Kamunting, Taiping, Perak pada Ahad.

Insiden kejadian menyayat hati yang dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan di lokasi itu turut tular selepas ia dikongsikan di media sosial.

Berdasarkan klip berkenaan, lori terbabit dilihat sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat terbabit sebelum mula bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau.

BACA LAGI: Kerajaan boleh bawa Singapura ke mahkamah timbang tara selesai perjanjian isu air

BACA LAGI: Malaysia dijangka sukar yakinkan Singapura semak semula perjanjian air — Pakar undang-undang

Pada masa sama, mangsa yang sedang menunggang motosikal tidak kelihatan pada awalnya di dalam video itu dan dipercayai berada di titik buta atau blindspot dekat bahagian hadapan tepi lori tersebut.

Bagaimanapun, tidak beberapa lama selepas kenderaan berat berkenaan mula bergerak, ia kemudiannya didapati berlanggar dengan mangsa yang kemudiannya dilihat terjatuh dan digilis oleh tayar kiri belakang lori terbabit.

Akibat insiden tersebut, lelaki berusia 64 tahun itu dilihat terus terbaring di atas jalan dan tidak bergerak.

452249957_1014943026840652_3653360287569180399_n

Keadaan motosikal mangsa (gambar kiri) dalam kemalangan pada Ahad. — Facebook

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai kejadian terbabit yang berlaku sekitar pukul 11.50 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan dari arah sama menghala ke Changkat Larah telah berhenti di lampu isyarat tersebut.

Bagaimanapun, Mohamad Nasir berkata, ketika lori itu ingin memulakan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau, pemandunya yang berusia 44 tahun tiba-tiba terdengar bunyi dentuman.

"Pemandu terbabit telah turun untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati telah melanggar motosikal mangsa.

"Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," ujarnya.

Susulan daripada kejadian itu, Mohamad Nasir berkata, pemandu berkenaan dibawa menjalani ujian saringan air kencing serta alkohol dan hasilnya keputusan adalah negatif.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram