BARU-BARU ini kecoh di media sosial mengenai kejadian luar biasa yang memaparkan kawasan kubur didakwa tanah perkuburan tentera Israel secara tiba-tiba mengeluarkan asap tebal.
Berdasarkan video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial, beberapa kubur yang dikatakan berlokasi di Palestin itu mengeluarkan asap tebal sehingga menimbulkan pelbagai reaksi wargamaya.
Antara reaksi dari warganet apabila mengaitkan asap tebal itu dengan azab yang wajar diterima oleh tentera Israel susulan perbuatan kejam mereka terhadap penduduk Palestin.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru lelaki cuba samun, cekik wanita dalam kereta di Tawau
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki Ranau khayal dadah, bikin kecoh tunjuk pistol di Kuala Terengganu
"Adakah benar kubur tentera Israel berasap? Sekiranya benar, semoga ia jadi pengajaran buat kita semua," kata salah seorang warganet mengulas video berkenaan.
"Betulkah ini azab kubur? Wallau a'alam, hanya ALLAH yang tahu. Semoga kita semua terhindar daripada azab kubur. Amin rabbal alamin," reaksi dari seorang lagi wargenet.
Bagaimanapun, selepas diteliti, video berkenaan rupanya bukan dari tanah perkuburan tentera Israel di Palestin tetapi difahamkan berlaku di Derbent dekat Dagestan, Rusia.
Kejadian yang menyaksikan beberapa kubur di Derbent itu mengeluarkan asap didakwa berlaku kerana kes vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan berkenaan.
It is said that smoke is coming out of the graves of newly buried Zionist soldiers. #Israel pic.twitter.com/EUFuaK2gg4
— SilencedSirs◼️ (@SilentlySirs) July 22, 2024
"Ini adalah tanah perkuburan Yahudi lama di Derbent, Dagestan, Rusia dan telah menjadi sasaran vandalisme berterusan.
"Banyak batu nisan telah dihancurkan dan seseorang membakar beberapa juga. Sila buat kajian sebelum membuat hantaran," tulis salah seorang warganet, Aadil Rajput yang berkongsi info lanjut mengenai kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, pegawai bandar Derbent pula mengesahkan bahawa kerosakan di tanah perkuburan berlaku akibat kemalangan pada Sabtu lepas dan tiada motif antisemitik disebutkan.
“Kenderaan itu mengalami tayar pancit. Ia melencong dari lorong dan melanggar kubur. Pemandu tidak melarikan diri dan berjanji untuk membaiki kerosakan," lapor media luar negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram