Sabotaj akar umbi berpotensi letakkan Umno dalam bahaya, pemecatan ahli elak khianati parti


  • Politik
  • Selasa, 23 Jul 2024

Azmi berkata, meskipun pengaruh ahli biasa dilihat tidak begitu kritikal, terdapat sesetengah individu masih berupaya untuk mempengaruh gerakan akar umbi. — Facebook/Mahdzir Khalid

TINDAKAN Umno melakukan pemecatan termasuk terhadap ahli biasa di peringkat bahagian disifatkan penting khususnya dalam menangani masalah sabotaj dalaman yang memberikan kesan terhadap prestasi parti ketika pilihan raya.

Penganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, meskipun pengaruh ahli biasa dilihat tidak begitu kritikal, terdapat sesetengah individu masih berupaya untuk mempengaruhi gerakan akar umbi.

Beliau turut tidak menolak beberapa keputusan buruk diperoleh Umno khususnya ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRK yang berlangsung berkemungkinan berpunca daripada sabotaj dalaman oleh ahli biasa.

BACA LAGI: Kerajaan boleh bawa Singapura ke mahkamah timbang tara selesai perjanjian isu air

BACA LAGI: Malaysia dijangka sukar yakinkan Singapura semak semula perjanjian air — Pakar undang-undang

"Kalau dilihat sabotaj itu memang boleh berlaku di peringkat akar umbi. Walaupun mereka ahli biasa dan tiada jawatan, tapi ada antaranya memang berpengaruh dan boleh mempengaruhi.

"Jadi kes sabotaj ini perlu dihindarkan dan cara paling mudah adalah dengan memecat atau menggantung mereka yang menongkah arus kepentingan parti," katanya kepada Majoriti.

2781569

Penganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan

Beliau berkata demikian bagi mengulas pemecatan dilakukan Umno terhadap beberapa ahlinya di peringkat akar umbi.

Pada Ahad, Majoriti melaporkan mengenai dakwaan seorang ahli Umno di Bahagian Balik Pulau yang dipercayai dipecat kerana menunggang motosikal bersama konvoi Perikatan Nasional (PN) semasa PRN tahun lalu.

Ujarnya, pemecatan itu juga didakwa dilakukan tanpa usul periksa dengan dirinya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut secara lisan tanpa sebarang pemberitahuan rasmi.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Malah, beliau menambah, pihaknya mempunyai bukti mengenai tindakan ahli berkenaan menyertai program parti lain.

Dalam pada itu, Azmi berkata, tindakan pemecatan dilakukan terhadap ahli biasa itu memberi isyarat parti itu tidak berkompromi terhadap individu yang tidak menunjukkan kesetiaan penuh kepada parti.

"Itu adalah salah satu strategi untuk menguatkan parti tersebut supaya percakaran dalaman berlaku secara minimum," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram