TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru semua ahli Umno untuk bersatu padu dan mengelak daripada berbalah antara satu sama lain.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosialnya, beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industi berkata, jika kritikan perlu dibuat, ia perlu disampaikan melalui platform yang betul dan pastikan ia bersifat membina dan bukan sebaliknya.
“Sudah tiba masanya untuk kita menguatkan Umno kerana rakyat sedang menilai kita.
BACA LAGI: Joe Biden tarik diri pertahan jawatan Presiden AS, beri sokongan kepada Kamala Harris
BACA LAGI: Kerajaan boleh bawa Singapura ke mahkamah timbang tara selesai perjanjian isu
Dalam hantaran tersebut, beliau turut menzahirkan penghargaannya kepada seluruh perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Lembah Pantai atas tanggungjawab yang dilaksana sebagai ahli parti itu.
Menerusi hantaran itu juga, Tengku Zafrul juga menyifatkan kehadirannya ke mesyuarat tersebut sebagai 'sirih pulang ke gagang' kerana Umno Bahagian Lembah Pantai merupakan permulaan beliau mendekati politik selepas mendaftar sebagai ahli pada 1998.
"Walaupun sekarang dah jadi Ketua Umno Bahagian Kota Raja di Selangor tapi Umno Lembah Pantai masih dekat di hati saya," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram