Bapa rogol anak OKU 13 tahun hingga bersalin di Dungun ditahan polis


  • 112
  • Isnin, 22 Jul 2024

Kehamilan itu disedari apabila remaja itu mendapatkan rawatan di sebuah klinik tempatan kerana sakit pada bahagian perut. — Agensi

PERBUATAN keji seorang lelaki berusia 45 tahun merogol anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU), berumur 13 tahun terbongkar selepas bersalin di sebuah hospital kini ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, kehamilan itu disedari apabila remaja itu mendapatkan rawatan di sebuah klinik tempatan kerana sakit pada bahagian perut.

"Susulan kes mengejutkan itu, dia dipindahkan ke Hospital Dungun di mana ramaja berkenaan melahirkan bayi kira-kira pukul 7 malam," katanya pada Ahad.

BACA LAGI: Empat remaja rogol budak bawah umur di Teluk Intan bebas dengan jaminan polis

BACA LAGI: Polis tahan 4 remaja rogol budak perempuan bawah umur bergilir-gilir dalam kereta dan rumah di Teluk Intan

Siasatan awal menunjukkan bahawa penderaan bermula ketika remaja OKU itu berumur 12 tahun.

download

Siasatan awal menunjukkan bahawa penderaan bermula ketika remaja OKU itu berumur 12 tahun. — Gambar/ Agensi

Suspek, seorang buruh yang mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram