Gangguan teknikal global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas


  • Bizz
  • Jumaat, 19 Jul 2024

MAS dan Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu ini dan memulihkan sistem secepat mungkin.

JADUAL penerbangan bagi Malaysia Airlines dan Firefly kekal tidak terjejas dan tiada penerbangan dibatalkan disebabkan gangguan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatan pada Jumaat.

Menurut kenyataan Malaysia Aviation Group (MAG), pihaknya bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu tersebut dan memulihkan sistem secepat mungkin.

Berdasarkan laporan berita media antarabangsa, mengenai gangguan perjalanan itu merujuk kepada isu berkaitan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.

BACA LAGI: 'Itu perasaan kami', The Rhinos dah lama 'fed up' kos penerbangan mahal seperti kelab Lembah Klang

BACA LAGI: Inisiatif subsidi tiket penerbangan FLYsiswa RM300 diteruskan

Berdasarkan laporan berita media antarabangsa, mengenai gangguan perjalanan ini merujuk kepada isu berkaitan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike. — The Star

CrowdStrike Holdings Inc ialah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Austin, Texas dan ia menyediakan perkhidmatan beban kerja penembusan dan keselamatan peranti serta menganalisis ancaman dan serangan siber. — Majoriti