SEORANG remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemukan selamat di Pasir Gudang, Johor pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora dilaporkan berkata, Siti Nur Balqiesh Rasid, 17, dijumpai orang awam di sebuah kedai makan berhampiran hentian bas di Pasir Gudang.
Memetik laporan Buletin TV3, remaja terbabit merupakan pelajar di sebuah kolej vokasional Johor Bahru berada dalam keadaan sihat dan baik ketika ditemui.
BACA LAGI: Polis Kota Tinggi kesan remaja perempuan berambut perang, hilang sejak Jumaat
BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak itu bukan anak saya,' ipar maut 'in real life' wujud di Pulau Pinang
Hussin berkata, Siti dikesan keluar dari rumahnya di Bandar Penawar kira-kira pukul 7 malam dipercayai merajuk kerana mahu menukar kursus yang diambil.
Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan remaja terbabit yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Polis juga memberi maklumat terperinci berkenaan identiti Siti bagi memudahkan proses pencariannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram