Mayat wanita dengan kesan tembakan ditemui di tepi jalan di Padang Terap


  • 112
  • Ahad, 21 Jul 2024

Lokasi penemuan mayat wanita tersebut di tepi jalan lama Durian Burung, Padang Terap, Kedah pada Sabtu. — Polis

SEORANG wanita warga Thailand ditemukan mati dengan kesan tembakan di tepi sebuah jalan lama dekat Durian Burung, Padang Terap, Kedah pada Sabtu.

Menerusi laporan Harian Metro, mayat wanita berusia 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat terbabit pada pukul 7 malam.

BACA LAGI: Malaysia dijangka sukar yakinkan Singapura semak semula perjanjian air — Pakar undang-undang

BACA LAGI: BERSIH desak pengenalan had maksimum jumlah pengundi kawasan

"Hasil siasatan mendapati, wanita terbabit dipercayai warga Thailand, namun siasatan lanjut masih dijalankan," menurut laporan tersebut.

Mulkiaman berkata, mayat wanita itu kemudian di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai sudah melarikan diri dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dijangka memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram