Hilang sejak Isnin, Nurul Fatihah belum pulang rumah, kali terakhir dilihat di Damansara


  • 112
  • Khamis, 18 Jul 2024

Nurul Fatihah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu. — Facebook

SEORANG remaja perempuan dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumahnya di Jalan PJU 7/8, Desa Temuan Damansara Perdana, Selangor sejak 15 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu, pukul 8.40 malam.

Menurutnya, kali terakhir Nurul Fatihah Abdullah, 15, dilihat berada di rumahnya pada pukul 5.30 petang Isnin lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan kes ragut, mayat wanita dalam parit di Jalan SKN Lama mangsa nahas motor terbabas masuk parit

BACA LAGI: Peragut bersiri Seremban target pejalan kaki dan penunggang motor akhirnya dicekup, ada 13 rekod jenayah

“Remaja berkenaan berketinggian 1.70 meter dengan warna kulit hitam manis, berambut hitam, hidung lebar, mata coklat dan bibir mulut nipis,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja tersebut diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram