[VIDEO] Wanita kena tampar, tarik rambut sampai terduduk di tempat parkir, polis Penampang minta saksi tampil


  • 112
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Tangkap layar video tular pada Jumaat memaparkan pergaduhan melibatkan tiga wanita di sebuah kawasan parkir pasaraya dekat Penampang, Sabah.

TULAR satu video insiden pergaduhan membabitkan tiga wanita di sebuah kawasan parkir pasaraya dekat Penampang, Sabah.

Menerusi klip berdurasi dua miniti 16 saat yang tersebar sejak Jumaat, seorang wanita dilihat sedang dibelasah oleh dua individu lain dengan mangsa didapati ditampar dan ditendang beberapa kali sehingga terduduk.

Dalam pada itu, kedua-dua suspek wanita berkenaan juga berulang kali memarahi dan menengking ke arah mangsa.

BACA LAGI: BERSIH desak pengenalan had maksimum jumlah pengundi kawasan

BACA LAGI: Isu 'gerrymandering' persempadanan pilihan raya terus hantui demokrasi negara

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian berkenaan menerusi video tular terbabit.

Bagaimanapun katanya, polis masih belum menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

"Oleh demikian polis meminta saksi-saksi di tempat kejadian atau individu yang terbabit untuk tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Sebarang maklumat boleh segera berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-712222," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Sammy turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik sebarang bahan tidak sahih di mana-mana platform media sosial mengenai kejadian itu bagi mengelak kegusaran yang boleh mengganggu gugat keselamatan orang awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram