
POLIS menahan lelaki disyaki melakukan perbuatan khianat dengan mematahkan pengelap cermin sebuah kereta di Jalan Dataran Sentral 2, Seremban, Negeri Sembilan pada 10 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di sekitar Port Dickson, pada Khamis.
Ujarnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada mangsa yang membuat laporan berhubung insiden kerosakan kereta Perodua Alza yang berlaku Ketika kenderaannya diletakkan di lokasi.
BACA LAGI: Ketua Menteri Melaka tak perlu layan provokasi bubar DUN
BACA LAGI: Kos ganti paip air lama dianggar cecah RM10 bilion — Menteri
Turut dirampas ketika proses penahanan adalah sehelai baju berwarna biru yang dipercayai dipakai ketika kejadian. — Polis
"Wanita itu mendakwa cermin hadapan dan kedua-dua belah cermin sisi pecah manakala pengelap cermin hadapan serta belakang patah," katanya.
Mohamad Hatta berkata, kejadian itu dirakam kamera papan pemuka kereta mangsa yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan melakukan perbuatan itu.
Menurut beliau, turut dirampas ketika proses penahanan adalah sehelai baju berwarna biru yang dipercayai dipakai ketika kejadian.
"Polis akan mengambil keterangan suspek mengenai punca dan motif kejadian," ujarnya.
Terdahulu, video mengenai kejadian tersebut tular memaparkan perbuatan suspek yang senjaga mematahkan alat pengelap cermin sebuah kereta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram