Keputusan STPM diumum 23 Julai


  • Primer
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Seramai 41,548 calon menduduki STPM 2023 di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara. — Gambar hiasan

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 akan diumumkan pada 23 Julai depan, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia.

Calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan persendirian boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023.

BACA LAGI: Ketua Menteri Melaka tak perlu layan provokasi bubar DUN

BACA LAGI: Kos ganti paip air lama dianggar cecah RM10 bilion — Menteri

Langkah pemeriksaan untuk kaedah sistem ini akan diaktifkan bermula pukul 11:00 pagi pada 23 Julai 2024 sehingga pukul 12:00 tengah hari pada 30 Julai 2024.

Selain melalui SMS, calon juga boleh memeriksa keputusan secara dalam talian di pautan stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM 2023 mulai jam 11:30 pagi pada 23 Julai 2024.

Seramai 41,548 calon menduduki STPM 2023 di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram