Pencapaian PNGK STPM 2022 tertinggi dalam sejarah — Pengerusi MPM


  • Primer
  • Khamis, 13 Jul 2023

Mohd Ekhwan (empat dari kanan) ketika mengumumkan keputusan STPM di MPM, Selayang, Selangor pada Khamis. — Bernama

PURATA Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) bagi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 sebanyak 2.82 adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah setakat ini.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, nilai tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.03 berbanding PNGK bagi STPM pada tahun sebelumnya iaitu 2.79.

“PNGK ini adalah yang tertinggi sejak STPM bermula,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan di pejabat majlis itu di Selayang, Selangor, pada Khamis.

Beliau turut mengumumkan seramai 1,184 calon memperoleh PNGK 4.00 yang meningkat berbanding tahun lepas iaitu 874 calon.

Seramai 41,701 calon menduduki peperiksaan ketiga-tiga semester bagi STPM 2022. The Star/REBECCA RAJAENDRAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram