USAHAWAN, Rohana Ibrahim, mengalami kerugian selepas diperdaya 'scammer' yang menyamar sebagai pegawai bomba dari Muar, Johor menerusi mesej untuk tempahan makanan untuk 80 orang.
Rohana menerima mesej WhatsApp pada 14 Julai yang meminta pesanan katering dan beg cenderamata bernilai RM4,500 untuk satu acara di balai bomba.
Wanita berusia 52 tahun itu tidak mengesyaki apa-apa kerana sebelum ini dia pernah menerima banyak permintaan tempahan dari agensi kerajaan sama ada untuk katering makanan atau penyewaan kanopi.
BACA LAGI: 'Sebab tu kena ada ilmu', pembeli kena 'sekolah' lepas dakwa ditipu peniaga jual durian buruk
BACA LAGI: Pendeposit Tabung Haji patut dapat pampasan jika bukan kes kecuaian ditipu scammer — Pakar
“Dia meminta butiran syarikat saya bagi menyediakan dokumen yang diperlukan untuk pembayaran.
"Saya rasa agak pelik apabila mereka memberitahu saya untuk memindahkan wang untuk beg cenderamata ke dalam akaun individu,” katanya.
Walaupun diminta untuk memindahkan wang ke akaun individu itu, Rohana tetap membayar kerana tergesa-gesa.
Menurutnya, pada keesokan hari, dia mendapati tiada acara di balai bomba tersebut dan menyedari bahawa dia telah menjadi mangsa penipuan.
Rohana terpaksa mendermakan makanan yang disediakan dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, dan kerugian tersebut dianggarkan sekitar RM7,000.
Rohana akan lebih berhati-hati dan bercadang untuk meminta deposit 50 peratus sebelum menerima pesanan oleh pelanggan baru untuk mengelakkan penipuan di masa hadapan. — Gambar hiasan/Agensi
“Scammer ini nampak sangat profesional. Mereka malah memperkenalkan saya kepada ‘ketua stesen’ supaya nampak menyakinkan dan memberi jaminan bahawa pembayaran akan dibuat selepas majlis.
“Saya harap polis dapat menangkap orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini menipu orang lain.
"Saya tidak pernah menjadi mangsa penipuan sejak menjalankan perniagaan ini,” katanya.
Rohana menambah, dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan bercadang untuk meminta deposit 50 peratus sebelum menerima pesanan oleh pelanggan baru untuk mengelakkan penipuan di masa hadapan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram