ADUN Rembia berdepan tindakan Umno, kerajaan Melaka — Rauf


  • Politik
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Abd Rauf berkata, Kerajaan Negeri Melaka juga akan mengkaji kenyataan dibuat oleh Muhammad Jailani termasuk dakwaan beliau sudah mengisytiharkan dirinya menyertai PAS pada Jun tahun lalu.

TINDAKAN yang bakal dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis masih belum dimuktamadkan lagi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Umno masih sedang meneliti tindakan yang bakal dikenakan terhadap Muhamad Jailani berikutan keputusannya menyertai PAS.

Katanya, tindakan itu akan diambil dari dua sudut berbeza iaitu melalui perlembagaan Umno dan kerajaan negeri sebagai ADUN Melaka.

BACA LAGI : BN Sabah ulangi pendirian sokong Kerajaan Perpaduan menjelang konvensyen peringkat negeri

BACA LAGI : 'Masih awal untuk buat keputusan', Azmin Ali ulas tawaran lantikan Setiausaha Agung BERSATU

"Muhamad Jailani Khamis juga perlu menanggung segala kos-kos ganti rugi sebagai calon atas nama Barisan Nasional (BN) dengan jumlah kos yang dikira munasabah.

"Ia susulan implikasi ‘Aku Janji’ yang ditandatangani beliau semasa bersetuju untuk menjadi calon BN pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) Ke-15 lalu," katanya.

YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan delivers a greeting speech.

Muhamad Jailani diumumkan menjadi ahli Pas selepas permohonn menjadi ahli parti itu diterima pada 10 Jun 2023.

Mengulas lanjut, Abd Rauf berkata, kerajaan negeri Melaka juga akan mengkaji kenyataan dibuat oleh Muhammad Jailani termasuk dakwaan beliau sudah mengisytiharkan dirinya menyertai PAS pada Jun tahun lalu.

Kata beliau, ia termasuk melakukan semakan sama ada tindakan bekas Exco Negeri itu menyertai parti pembangkang terkait dengan Aka Anti Lompat Parti yang diluluskan pada Persidangan DUN Melaka pada 31 Julai tahun lalu.

“Kekosongan kerusi DUN Rembia akan ditentukan oleh Speaker DUN nanti,” katanya.

Selasa lalu, Muhamad Jailani diumumkan menjadi ahli PAS selepas permohonan menjadi ahli parti itu diterima pada 10 Jun 2023. — The Star/CHARLES RAMENDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram