'Masih awal untuk buat keputusan', Azmin Ali ulas tawaran lantikan Setiausaha Agung BERSATU


  • Politik
  • Khamis, 18 Jul 2024

Azmin kononnya dikatakan tidak sanggup 'downgrade' dirinya daripada menang Timbalan Presiden PKR untuk jawatan setiausaha agung BERSATU.

KETUA Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi respons terhadap berita kononnya beliau menolak cadangan untuk dilantik sebagai setiausaha agung parti berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan jika berita penolakan jawatan dalam kepimpinan tertinggi parti itu adalah benar.

“Masih awal untuk buat keputusan sebelum pemilihan. Saya akan berbincang dengan presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan mendengar nasihatnya,” kata Azmin kepada The Star.

BACA LAGI: PN makin bergolak menjelang PRK DUN Nenggiri?

BACA LAGI: Paras air Empangan Bukit Merah meningkat, namun masih tak cukup tampung keperluan agrikultur di Perak

Terdahulu media melaporkan beliau telah menolak tawaran untuk memegang jawatan kanan dalam parti BERSATU.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada 13 Julai lalu, BERSATU mencadangkan barisan kepimpinan tertinggi dengan lima nama dicadang menjelang pemilihannya pada Oktober depan.

Antara nama yang disebut termasuklah Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai timbalan presiden parti.

BERSATU turut mencalonkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai naib presiden manakala Azmin sebagai setiausaha agung.

Jawatan setiausaha agung BERSATU pada masa ini dipegang oleh Hamzah, Ahmad Faizal sebagai Timbalan Presiden, Kiandee dan Radzi merangkap Naib Presiden, sementara Azmin memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

Bagaimanapun, presidennya, Muhyiddin berkata, walaupun cadangan untuk lima jawatan tertinggi telah dibuat, perkara itu tidak seharusnya menghalang ahli daripada mencabar pemegang jawatan pucuk pimpinan dalam pemilihan.

Terdahulu, media melaporkan Azmin menolak tawaran Muhyiddin bagi jawatan setiausaha agung dengan desas-desus kononnya beliau tidak sanggup 'downgrade' dirinya daripada menang Timbalan Presiden PKR untuk jawatan setiausaha agung.

Pemilihan parti BERSATU dijadual berlangsung pada Oktober tahun ini. The Star/TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram