BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.
Jurucakapnya, Sufi Yusoff berkata, tokoh hebat negara berusia 99 tahun itu dirawat di IJN kerana batuk.
Tun M sudah dimasukkan ke hospital beberapa kali sejak beberapa tahun lalu.
BACA LAGI: 'Ini bukan kedai kopi', Wan Fayhsal didakwa layak digantung sebab surat layang cemarkan Dewan Rakyat
BACA LAGI: Tunjuk RM2.50 tapi jual RM3, peniaga di Teluk Intan terima padah tipu harga minyak peket
Tun Dr Mahathir Mohamad
Kali terakhir beliau dimasukkan ke IJN adalah pada Januari lalu dan menjalani rawatan hampir dua bulan sebelum dibenarkan keluar pada 18 Mac lepas.
Terdahulu, media melaporkan bahawa kemasukan beliau di IJN menjadi faktor kepada penangguhan pendengaran kes samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan fitnah tentang isu 'kutty'.
Perbicaraan kes saman itu dijadualkan bermula 11 September 2023 dan sehingga kini masih berjalan.
Saman itu dilakukan kerana Zahid dikatakan telah mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada Mahathir ketika Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.
Mahathir juga dilaporkan percaya individu yang dirujuk dalam kenyataan fitnah iaitu 'orang', 'dia' dan 'kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram