'Ini bukan kedai kopi', Wan Fayhsal didakwa layak digantung sebab surat layang cemarkan Dewan Rakyat


  • Massa
  • Khamis, 18 Jul 2024

Wan Fayhsal yang mengemukakan surat layang ketika membahaskan isu MAHB di Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu. — Parlimen Malaysia

TINDAKAN Wan Ahmad Fayhsal menggunakan sepucuk surat layang di Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu mengundang padah apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengusulkan supaya Ahli Parlimen Machang, Kelantan itu digantung selama enam bulan.

Ia selepas Wan Fayhsal membangkitkan isu di dalam surat layang yang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambil alihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pada 1 Julai lalu, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memetik sepucuk surat yang menamakan seorang kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai 'dalang' rancangan penjualang pegangan MAHB.

BACA LAGI: Tunjuk RM2.50 tapi jual RM3, peniaga di Teluk Intan terima padah tipu harga minyak peket

BACA LAGI: Kes 2 beradik makan keropok beracun di Kulim, pekebun bebas dengan jaminan polis

Screenshot (2618)

Usul penggantungan Wan Fayhsal yang dikeluarkan JPM. JPM

Susulan itu, JPM mengeluarkan usul untuk menggantung ahli politik tersebut kerana membangkitkan surat yang kandungannya tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Usul mencadangkan penggantungan Ahli Parlimen BERSATU itu juga terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan Usul-Usul bagi persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Perkara itu sekali gus meraih perhatian orang ramai termasuk warga maya yang bersetuju dengan usul JPM untuk menggantung Wan Fayhsal.

Mengulas lanjut, pengguna Facebook Raja Gelap II mendakwa, surat layang yang digunakan Wan Fayhsal bukan sahaja setakat merosakkan nama baik individu terbabit malah mencemarkan imej Dewan Rakyat.

Menurutnya, Wan Fayhsal seharusnya menghormati persidangan Dewan Rakyat dengan menggunakan hujah atau fakta yang sahih.

"Surat layang itu telah memburukkan nama seorang individu penjawat awam tanpa bukti serta fakta sahih. Nama pun surat layang.

"Sebenarnya tindakan itu turut mencemarkan dewan. Apa kes dewan dibuat kedai kopi pula," tulisnya.

Bersatu Youth chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal at Bersatu youth general assembly meeting 2023 ( MAC 11 2023) — ART CHEN/The Star. Reporter: ZAKIAH BEEVI KOYA

Wan Ahmad Fayhsal. — The Star

Bukan itu sahaja, dia juga beranggapan bahawa Wan Fayhsal seakan-akan bersikap tidak matang kerana menggunakan nada kurang sopan ketika berhujah.

"Dia bukan setakat tak ada fakta ketika berucap, malah cara behujah pun dengan nada menjerit, sangat-sangat menjengkelkan. Tan nampak matang langsung," ujarnya.

Sementara itu, ramai juga yang menyuarakan bahawa Wan Fayhsal sepatutnya digantung lebih enam bulan sebagai tujuan memberi pengajaran kepada ahli politik ketika menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya Speaker Dewan Rakyat diberi kuasa penuh dan kata putus untuk 'rehatkan' terus sepenggal mana-mana Ahli Parlimen yang menghina Dewan secara sedar dan sengaja. Juga yang langgar peraturan Dewan," komen Fuaad Aththuur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram