TIADA sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang juga bekas presiden KLFA memohon 0.5 peratus daripada jumlah pendapatan DBKL disalurkan kepada KLFA dan KL City FC.
Selaku menteri yang bertanggungjawab kepada DBKL, Zaliha berkata, walaupun ia menjadi amalan sebelum ini, KLFA dan KL City FC merupakan badan berdiri sendiri dan tiada ikatan secara formal dengan DBKL, selain beroperasi secara bebas.
BACA LAGI: 'Dia menangis setiap hari', abang dedah emosi isteri suspek kes bunuh Nur Farah Kartini
BACA LAGI: Hilang sejak Isnin, Nurul Fatihah belum pulang rumah, kali terakhir dilihat di Damansara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
“Perlu diingatkan hasil pendapatan DBKL sebahagian besarnya datang daripada cukai dibayar rakyat.
"Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab DBKL untuk memastikan wang cukai rakyat ini digunakan dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran semua warga kota," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zaliha berkata, DBKL sentiasa bersedia membantu dan menghargai usaha KLFA serta KL City FC dalam memajukan sukan bola sepak di Kuala Lumpur.
Saya turut berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan selama ini serta melihat potensi besar dan masa depan cemerlang bagi pasukan KL City FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram