'Dia menangis setiap hari', abang dedah emosi isteri suspek kes bunuh Nur Farah Kartini


  • Massa
  • Khamis, 18 Jul 2024

Seorang anggota polis dipercayai teman lelaki Nur Farah Kartini telah ditahan dan direman selama tujuh hari.

ABANG kandung kepada isteri suspek yang didakwa terbabit dalam pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tampil mendedahkan emosi adiknya terganggu semenjak mengetahui insiden tersebut.

Menurutnya, setiap hari dia melihat adik bongsunya yang juga merupakan ibu kepada seorang bayi berusia lapan bulan itu sering menangis.

“Setiap hari adik saya menangis, emosinya terganggu sejak mengetahui kejadian itu,” kata lelaki berusia 40-an itu yang enggan dikenali.

BACA LAGI: Hilang sejak Isnin, Nurul Fatihah belum pulang rumah, kali terakhir dilihat di Damansara

BACA LAGI: Peragut bersiri Seremban target pejalan kaki dan penunggang motor akhirnya dicekup, ada 13 rekod jenayah

Nur Farah

Nur Farah Kartini (gambar kanan) dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak, pada 11 Julai lalu dan suspek utama pembunuhan tersebut merupakan seorang anggota polis yang dipercayai merupakan kenalannya.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, kini mereka sekeluarga perlu menemani isteri suspek yang berusia 25 tahun untuk memberi sokongan moral agar dia tabah melalui hari yang mendatang.

Terdahulu, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak, pada 11 Julai lalu.

Dia dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Seorang anggota polis, dipercayai teman lelakinya, telah ditahan dan direman selama tujuh hari.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram