PADA Khamis, kancah bola sepak tanah air dikejutkan dengan 'bala' yang menimpa salah satu kelab Liga Super iaitu Kuala Lumpur City FC.
Kelab Lembah Klang yang sebelum ini mengalami masalah kewangan sebenarnya mempunyai tunggakan bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM700,000.
Difahamkan, jumlah itu cukup tinggi dan tunggakan terbabit sudah membelenggu pasukan sejak Februari tahun lalu namun skuad The City Boys masih lagi dibenarkan beraksi dalam kancah Liga Super.
BACA LAGI: Jurulatih 'fresh' dari 3 benua antara cadangan TMJ gantikan Kim Pan-gon
BACA LAGI: TBG, TFC dan KDN antara kelab ideal pikat Allee Putra
Paulo Josue mendakwa tidak dibayar gaji selama tujuh bulan oleh KL City. — MFL
Sebelum ini, tonggak The City Boys, Paulo Josue beraksi secara 'percuma' selama tujuh bulan bersama KL City FC tanpa menerima gaji bulanan.
Susulan itu, rata-rata penyokong Kedah Darul Aman FC tidak berpuas hati dengan 'layanan' yang dianggap tidak adil oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada Sang Kenari khususnya.
"Tiada pula kena potong mata macam Kedah," kata Zahid Zaza.
"Mai aihh, kalau Kedah bukan main riuh-rendah, denda sana sini, yang ni takkan nak biar saja, potong mata denda sekali," kata Mat Ayie.
"Ehhh tak apa, nanti senyap lah, tahan sikit saja, kalau Kedah lain, tak bising pun depa kalut nak selak, lubang besar bulu hidung pun, depa nak jolok masuk, janji dapat salah team orang.
"Pemilik Kedah lagi ada 'telur' daripada team lain yang masalah gaji, usaha juga cari jalan nak lunaskan tanggungjawab," kata Muhd Faridzuan.
Sebelum ini, First Instance Body (FIB) menghukum Kedah dengan pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024/2025 dan denda RM50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram