Wisma Putra bantu atur tempat perlindungan sementara, perjalanan pulang pelajar Malaysia terjejas protes di Bangladesh


  • Primer
  • Khamis, 18 Jul 2024

Penunjuk perasaan anti-kuota dan pelajar yang menyokong parti pemerintah Awami League bertempur di kampus Universiti Dhaka di Dhaka pada 15 Julai 2024. — Agensi

KEMENTERIAN Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau situasi berikutan protes pelajar yang terjadi di Bangladesh.

Walaupun menghadapi cabaran termasuk gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas, Suruhanjaya Tinggi secara aktif berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di negara tersebut.

Menyusul permulaan protes, pelajar-pelajar Malaysia di Dhaka telah diarahkan untuk berkumpul di Suruhanjaya Tinggi bagi keselamatan mereka dan untuk menerima arahan lanjut.

BACA LAGI: 'Dia menangis setiap hari', abang dedah emosi isteri suspek kes bunuh Nur Farah Kartini

BACA LAGI: Bekas MB Perlis terima cek lebih RM600,000 daripada agensi pelancongan — Saksi

Dhaka

Lebih 100 pelajar cedera dalam pertempuran antara peserta protes yang mendesak penamatan sistem kuota pekerjaan. — Agensi

Pelajar-pelajar ini adalah dari institusi pendidikan tempatan di Dhaka yang terjejas oleh protes tersebut.

Pegawai Suruhanjaya Tinggi telah berinteraksi awal dengan pelajar-pelajar ini untuk menilai keperluan mereka dan memberikan bantuan segera.

Buat masa ini, Suruhanjaya Tinggi sedang mengkaji penyelesaian termasuk membantu mengaturkan perjalanan pulang pelajar-pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dan tempat perlindungan sementara.

Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh untuk mengelak dari berada di kawasan yang terjejas, kekal berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan dan arahan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri kekal komited untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin. Sebarang perkembangan terkini berkenaan situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram