MAYAT bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dilaporkan mengalami reput di muka dan dada.
Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, reput itu menyebabkan pihak polis tidak dapat menentukan punca kematian Nur Farah dan perlu menunggu keputusan ujian makmal yang dilakukan terhadap sampel biologi yang diambil pada mayat.
Mayat Nur Farah ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Selangor.
BACA LAGI: Polis gerak unit skuba forensik, K9 cari rantai, telefon pintar Nur Farah Kartini
BACA LAGI: Suspek bunuh Nur Farah Kartini tunjuk kawasan semak, anak sungai di lokasi mayat dijumpai
"Buat masa ini, pakar tidak dapat sahkan kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.
"Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian," kata Hussein.
Telefon pintar milik Nur Farah ditemui dekat tali air di Hulu Selangor.
Pada Rabu, pihak polis menerusi Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik berjaya menemukan telefon pintar milik Nur Farah di tali air Jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor sekitar 12.21 tengah hari.
Memetik laporan Buletin TV3, pencarian itu dilakukan hampir sejam dengan suspek turut dibawa ke lokasi kejadian untuk melakukan pengecaman alat elektronik tersebut.
Operasi mencari bahan bukti itu turut disertai oleh Unit Forensik serta dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamatan Kuala Kubu Bharu.
Dalam pada itu, abang kepada Nur Farah, Mohd Farriza Amir Abdullah, mengesahkan yang mayat adiknya itu akan dikebumikan dekat Pekan, Pahang.
Farriza berkata mayat akan dituntut pada Rabu namun dia tida berkongsi lanjut mengenai keputusan untuk mengembumikan adiknya di sana. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram