Polis gerak unit skuba forensik, K9 cari rantai, telefon pintar Nur Farah Kartini


  • 112
  • Rabu, 17 Jul 2024

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit dekat Hulu Selangor. — The Star

PIHAK polis mengambil tindakan menggerakkan unit skuba forensik serta unit anjing pengesan (K9) pada Rabu ke tempat penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Selangor, lapor Astro Awani.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superitendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pencarian bahan bukti seperti telefon pintar dan rantai dilakukan di sekitar parit berdekat dengan ladang sawit tempat mayat mangsa ditemukan.

Kerja-kerja tersebut dimulakan oleh pihak polis bermula pukul 9 pagi.

BACA LAGI: Keputusan bedah siasat Nur Farah Kartini ‘pending laboratory investigation’

BACA LAGI: Suspek bunuh Nur Farah Kartini tunjuk kawasan semak, anak sungai di lokasi mayat dijumpai

"Kita akan cari telefon pintar miliknya (mangsa) serta rantai dan beberapa barang lain lagi yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes," kata Mohd Asri.

Sebelum ini, suspek pembunuhan yang merupakan seorang anggota polis berpangkat lans koperal direman selama seminggu bermula pada Rabu untuk membantu siasatan.

Mayat Nur Farah Kartini dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dibedah siasat dan kini statusnya adalah pending laboratory investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Bedah siasat yang dilakukan pada Selasa itu mengambil masa selama lebih dua jam bermula dari pukul 3 hingga 5.30 petang.

Nur Farah Kartini ditemukan maut di kawasan berkenaan selepas dia didapati hilang ketika menghantar kereta sewa kepada pelanggan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram