KEPUTUSAN bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh diklasifikasikan sebagai pending laboratory investigation (menunggu laporan lengkap makmal).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas Pakar Patologi Forensik HSB menjalankan proses bedah siasat selama lebih dua jam yang bermula pada pukul 3 sehingga 5.30 petang.
Hussein bagaimanapun berkata, punca sebenar kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu masih belum dapat dipastikan sehingga pihak polis menerima laporan penuh analisis makmal.
BACA LAGI: Speaker patutnya kosongkan kerusi Parlimen 6 bekas ahli BERSATU — Art Harun
BACA LAGI: Suspek bunuh Nur Farah Kartini tunjuk kawasan semak, anak sungai di lokasi mayat dijumpai
Lokasi mayat Nur Farah ditemukan. — The Star
"Pihak polis masih jalankan siasatan lanjut dan mohon mana-mana saksi kejadian tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.
"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, polis memaklumkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan hampir reput dan dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.
Polis turut menahan seorang suspek lelaki serta membawanya ke lokasi kejadian iaitu di sebuah ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor bagi membantu siasatan.
Suspek yang disahkan anggota polis berpangkat Lans Koperal tiba di lokasi itu kira-kira pukul 2.30 petang Selasa menaiki empat kenderaan dengan berbaju lokap oren dan memakai pelitup muka serta diiringi polis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram