JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh selama tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk menyerahkan laporan tindakan susulan berhubung cadangan dalam laporan auditnya sebelum ini.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya perlu menunggu tiga bulan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.
"Sejak kami membentangkannya minggu lepas, kami perlu menunggu tiga bulan. Kemudiannya baru kami akan meminta laporan mereka berkenaan tindakan susulan yang diambil berdasarkan cadangan kami," katanya pada Selasa.
BACA LAGI: MPKS tak cadang wujud tapak penjaja di Eco Grandeur, ada 10 lagi petak kosong sekitar Puncak Alam
BACA LAGI: Suspek bunuh Nur Farah Kartini tunjuk kawasan semak, anak sungai di lokasi mayat dijumpai
Mas Ermieyati Samsudin.
Sebelum ini, PAC mendedahkan bahawa HRD Corp telah membuat pelbagai pelaburan dengan peruntukan sebanyak RM3.77 bilion dalam levi yang dikutip daripada majikan untuk program pembangunan latihan.
PAC mendapati levi yang dikutip menunjukkan peningkatan ketara daripada RM475 juta pada 2020 kepada RM2.134 bilion 2023.
Mengulas lanjut tentang laporan tindakan susulan menaik taraf dan pembangunan semula bangunan sekolah usang, Mas Ermieyati berkata, PAC percaya masih terdapat ruang yang mencukupi untuk penambahbaikan bagi mencapai inisiatif tersebut.
"Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu lebih proaktif dalam mempercepatkan projek pembangunan, baik pulih dan menaik taraf di samping mempergiatkan proses pengesahan data ke dalam EMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan).
"PAC juga mencadangkan kementerian mempertimbangkan langkah pencegahan bagi menangani isu bangunan sekolah usang dengan mengambil kira sumber kewangan dan peruntukan sedia ada," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram