LADANG kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor akan menjadi lokasi utama siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 26 tahun dan suspek mengenali antara satu sama lain, namun polis masih menyiasat sejauh mana hubungan tersebut.
BACA LAGI: Ketua Menteri Melaka tak perlu layan provokasi bubar DUN
BACA LAGI: Kos ganti paip air lama dianggar cecah RM10 bilion — Menteri
“Kami percaya kejadian berlaku di Kampung Sri Keledang dan dilakukan oleh seorang suspek.
“Kita juga sedang menyiasat sejauh mana hubungan itu termasuk motif (pembunuhan),” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Rabu.
Hussein berkata, sepasukan penyelam polis menemui telefon bimbit di dalam longkang, dipercayai milik mangsa.
Nur Farah Kartini (gambar kanan) dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak, pada 11 Julai lalu dan suspek utama pembunuhan tersebut merupakan seorang anggota polis yang dipercayai merupakan kenalannya.
“Pasukan polis juga akan melakukan pencarian di lokasi lain sekitar sejauh 20 minit perjalanan,” katanya.
Mayat mangsa dilaporkan ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, pada Isnin.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak, pada 11 Julai lalu.
Dia dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.
Seorang anggota polis, dipercayai teman lelakinya ditahan dan direman selama tujuh hari.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram