MASALAH beg galas sekolah yang berat sehingga membebankan pelajar ketika persekolahan bukanlah isu baru yang sering diketengah ibu bapa dalam media sosial.
Malah, isu ini saban kali diungkit sehingga menjadi topik utama bualan pelajar dan ibu bapa itu sendiri tidak kira di sekolah pedalaman mahupun bandar.
Terbaharu, seorang pengguna media sosial, Azlee Huzaifee meluahkan rasa risau tentang anaknya yang terpaksa membawa beg berat setiap hari.
Katanya, anaknya yang berusia 14 tahun itu turut berdepan sering sakit belakang ekoran membawa beg tersebut yang penuh dengan buku.
BACA LAGI: Sel otak rosak, masalah mental antara kesan jangka panjang pengambilan Vape Mushroom — Pakar
BACA LAGI: 'Ketatkan syarat kemasukan MRSM seperti dulu bagi elak kejadian buli berulang'
"Timbang beg sekolah anak tingkatan dua, hampir 10 kilogram (Kg). Patutlah anak membongkok menggalas beg pergi ke sekolah.
"Apa cerita pakar pengkaji beg berat? Sudah tahun 2024 ini," katanya.
Ada dalam kalangan ibu bapa terpaksa berbelanja lebih membelikan beg beroda demi keselesaan anak mereka. — Gambar Hiasan
Menurut Azlee lagi, walaupun dia telah menyusun buku teks dan buku latihan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan, namun beg galas sekolah anaknya masih berat.
"Saya dah susun ikut jadual harian yang telah ditetapkan dan anak saya masih berhadapan dengan masalah yang sama.
"Sekolah pula tak bagi tinggalkan buku teks dalam bilik darjah. Hampir hari-hari anak saya berdepan dengan isu ini," ujarnya.
Seorang lagi warga maya, Fauzi Ahmad mendakwa, anaknya turut berhadapan dengan masalah yang sama.
"Anak perempuan aku, pelajar tingkatan dua pun terpaksa bawa beg berat.
"Punca sebab sekolah tak bagi simpan buku dan tak ada almari khas untuk pelajar. Hari-hari terpaksa berhadapan dengan masalah beg berat ini.
"Aku belikan beg yang ada roda. Kementerian Pendidikan perlu cakna masalah ini, sudah bertahun tetapi kenapa masih berlaku lagi?" luahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram