[VIDEO] Dua lelaki lalu masuk lopak air kejung gara-gara sambungan elektrik haram


  • Benua
  • Ahad, 14 Jul 2024

Tangkap layar dua lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di wilayah Izmir dekat Turkiye pada Sabtu. —Agensi

DUA lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di wilayah Izmir di Turkiye pada Sabtu.

Tragedi malang itu berlaku ketika kedua-dua mereka cuba melintas sebuah jalan untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Mangsa yang dikenali sebagai Ozge Ceren Deniz, 23, dan Inanc Oktemay, 44 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Insiden tragis itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis di lokasi kejadian.

BACA LAGI : [VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut

BACA LAGI : [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

Menerusi klip video yang dikongsikan, Inanc rebah selepas terpijak lopak air sebelum Ozge cuba membantunya dan turut mengalami nasib yang sama.

Orang awam yang melihat kejadian itu turut cuba membantu mereka namun melarikan diri selepas mengetahui ada arus elektrik di jalan tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa, paramedik cuba memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa setibanya di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, laporan menyebut kedua-dua mangsa maut akibat daripada renjatan elektrik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram