[VIDEO] Mayat remaja jatuh bot di Sungai Pahang ditemui terapung


  • 112
  • Isnin, 15 Jul 2024

Mayat mangsa yang ditemui terapung di Sungai Pahang, Pekan, Pahang pada Isnin. — Bomba Pahang

SEORANG remaja yang hilang di Sungai Pahang, Pekan, Pahang pada Sabtu lalu ditemui orang awam pada pagi Isnin.

Mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan 5 itu dilaporkan terjatuh dari bot ketika menangkap ikan di sungai berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria dilaporkan berkata, mayat Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, ditemukan kira-kira 25 kilometer dari lokasinya dipercayai jatuh.

BACA LAGI: Ketua Pemuda Umno Kelantan calon BN di PRK Nenggiri

BACA LAGI: Bantuan tunai subsidi diesel Budi Individu mula disalurkan Rabu ini

Menurutnya, mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran itu ditemukan dalam keadaan terapung di sungai terbabit.

Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan sebuah bot kosong yang berpusing-pusing di sungai terbabit.

Dalam video itu, bot berkenaan dipercayai dikemudi mangsa terlanggar kayu dan berpusing di permukaan air sebelum tercampak ke dalam sungai.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram