KETUA Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dinamakan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan 17 Ogos nanti.
Menurut sumber, Umno Gua Musang, Kelantan memutuskan untuk mencalonkan Mohd Azmawi dalam pilihan raya tersebut.
Katanya, pencalonan Mohd Azmawi bagaimanapun bergantung kepada keputusan muktamad pemimpin tertinggi Umno dan BN.
BACA LAGI: Presiden cakap lain, timbalan 'sembang' lain, rakyat syak Umno macam dah tak 'serumah'
BACA LAGI: Bantuan tunai subsidi diesel Budi Individu mula disalurkan Rabu ini
Mohd Azmawi
Pada 30 Jun lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu telah menyenarai pendek tiga nama calon bagi PRK itu.
Beliau berkata, calon-calon yang disenarai pendek itu akan dibincangkan dengan Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan badan perhubungan Umno Kelantan sebelum dimuktamadkan oleh biro politik parti itu.
Tiga nama berkenaan ialah Ketua Pemuda Umno Kelantan merangkap Ketua Pemuda Bahagian Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani; Ketua Penerangan Umno Gua Musang, Amran Arifin dan Ketua Wanita Umno Gua Musang, Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli. — The Star/TEH ATHIRA YUSOF
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram