Bantuan tunai subsidi diesel Budi Individu mula disalurkan Rabu ini


  • Primer
  • Isnin, 15 Jul 2024

Bantuan Budi Individu akan mula disalurkan Rabu ini kepada pemilik kenderaan diesel yang layak. — Gambar hiasan/The Star

PEMILIK kenderaan individu yang layak akan menerima bantuan tunai subsidi diesel Budi Individu mulai Rabu ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memaklumkan, bantuan yang membabitkan peruntukan hampir RM25 juta itu akan disalurkan kepada lebih 120,000 pemilik kenderaan diesel yang permohonannya diluluskan sebelum ini atau sehingga 30 Jun lalu.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini menyalurkan peruntukan bantuan hampir RM50 juta di bawah Budi Individu untuk dua bulan pertama pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

BACA LAGI: Rezeki tak salah alamat! Jika keliru layak atau tidak, cuba mohon dulu Budi Individu atau Budi Agri-Komoditi

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu 2 anak meninggal dunia lepas 5 hari kritikal akibat kebakaran bilik sewa di Melaka

2737242

Empat langkah mudah memohon Budi Individu.

Beliau berkata, penerima sedia ada itu juga sudah disemak dengan data terkini oleh agensi kerajaan melalui Lesen Kenderaan Motor dan Cukai Jalan yang kekal aktif dan menepati syarat kelayakan bantuan itu.

"Pemilik kenderaan diesel yang baru memohon dan diluluskan pada Julai, bantuan RM200 akan disalurkan kepada mereka mulai 7 Ogos depan.

"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan mereka yang layak untuk Budi Individu menerima manfaat bantuan ini dengan kadar segera supaya pelaksanaannya berkesan untuk menampung impak kos sara hidup kepada semua lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori Budi Individu.

Bagi kategori tersebut, pemohon mestilah warganegara Malaysia, memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.

Kenderaan dimiliki juga perlu mempunyai cukai jalan yang aktif dan pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram