LANGKAH melanjutkan tempoh sah laku pasport Malaysia selama 10 tahun bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini, kerajaan bersedia untuk mengeluarkan pasport selama tempoh itu seperti majoriti negara lain.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun memaklumkan, pelaksanaan itu bakal menelan kos yang tinggi daripada sedia ada.
BACA LAGI: Malaysia sedia keluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun
BACA LAGI: Mesin vape layan diri tingkat jumlah golongan mahu cuba-cuba, elok lagi jual barang sekolah — Pakar
Saifuddin (dua dari kiri) ketika hadir merasmikan pejabat pasport Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat. — Facebook/SaifuddinNasutionIsmail
Pengumuman itu sekali gus memberi kelegaan kepada rata-rata masyarakat yang pernah memberi cadangan tersebut bagi mengatasi masalah kesesakan kaunter imigresen.
Sebelum KDN mengumumkan perkara itu, seorang pengguna akaun Facebook Khairol Nizam Mahmud Albakri mencadangkan kerajaan untuk melakukan sedemikian.
"Saya cadang pasport 10 tahun bayaran RM400. Insyaallah kaunter pasport tak sesak lagi, sekadar cadangan," tulisnya pada 2023.
Namun, ada juga yang menyarankan supaya kerajaan mengekalkan bayaran sebanyak RM200 walaupun diberi lanjutan tempoh sah laku.
"Setuju, tapi harga tetap RM200 lah. Jangan panjangkan tahun, bayar RM400," luah Nurul Syakirah Rosli.
Cadangan yang pernah disuarakan itu adalah bagi mengatasi masalah kesesakan di kaunter imigresen. — Gambar hiasan/The Star
Dalam pada itu, rata-rata warganet menyeru pihak berkenaan untuk tidak lagi menangguhkan pelaksanaan langkah baharu itu di negara ini.
"Cadangan ni dah lama, harapnya tak ditangguh-tangguh lagilah," komen Hafsidah Namrun.
Terdahulu, Saifuddin berkata, negara seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat, Perancis dan Itali telah mengeluarkan pasport tempoh sah laku selama 10 tahun.
Pasport Malaysia pula berada di kedudukan ke-12 di dunia oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan berada di kedudukan keempat dalam kalangan negara Asia selepas Singapura, Korea Selatan dan Jepun.
Katanya, sebanyak 183 negara membenarkan pemegang pasport Malaysia masuk tanpa perlu memohon visa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram