Teman wanita dakwa dibelasah pelakon lelaki kontroversi berbadan sado dalam SUV pagi-pagi buta di Ara Damansara


  • 112
  • Isnin, 08 Jul 2024

Seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah kekasihnya dalam satu kejadian di Ara Damansara dekat Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

SEORANG pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah kekasihnya dalam satu kejadian di Ara Damansara dekat Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu Sabtu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China

BACA LAGI: [VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut

"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira pukul 4 pagi," katanya.

Shahrulnizam berkata, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

"Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

"Susulan daripada kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park di Petaling Jaya, Selangor pada hari yang sama.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurut sumber, pelakon yang juga seorang duda itu merupakan pelakon terkenal dalam filem aksi lasak.

Dia yang merupakan bekas program realiti televisyen terkenal itu turut pernah terpalit beberapa kontroversi sebelum ini.— The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram