PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk membaca semula Perlembagaan Persekutuan, lapor The Star.
Hal ini kerana selepas parti tersebut meluahkan rasa tidak puas hati hasil daripada keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak menerima permohonan parti tersebut untuk mengosongkan enam kerusi parlimen.
Anwar meminta Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memahami tafsiran mengenai Akta Anti Lompat Parti secara keseluruhan dan bukannya sebahagian saja.
BACA LAGI: PN letak calon BERSATU di PRK DUN Nenggiri — Muhyiddin
"Ia mengikut undang-undang, bukan soal Perdana Menteri, soal ketua pembangkang, dia ikut undang-undang dan tafsiran undang-undang itu serah kepada Speaker.
"Saya tidak tahu mengapa dia pilih untuk baca sebahagian dan tinggal sebahagian, itu mungkin kaedah kerja politik BERSATU lah," kata Anwar.
Sebelum ini, Muhyiddin mengatakan yang keputusan Johari itu adalah bertindak luar jangkaan dan ia bercanggah.
Dalam pada itu, Anwar turut berkata yang semasa dia dan Pakatan Harapan menjadi pembangkang, amat menyokong usul menggugurkan status sebagai ahli parlimen sekiranya satu-satu wakil dipecat daripada parti.
Namun pada ketika itu, BERSATU adalah parti yang cukup lantang menentang idea tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram