Keputusan Speaker boleh beri kesan kepada kerajaan, tak jamin kestabilan politik — Veteran Umno


  • Politik
  • Rabu, 10 Jul 2024

Shahrir turut mengkritik ketetapan dibuat oleh Johari yang disifatkannya sebagai satu keputusan dibuat atas 'kepentingan sendiri', bukannya berasaskan prinsip.

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberi peringatan bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berhubung kedudukan enam bekas ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal turut memberikan kesan terhadap kerajaan.

Beliau turut mengkritik ketetapan dibuat oleh Johari yang disifatkannya sebagai satu keputusan dibuat atas 'kepentingan sendiri', bukannya berasaskan prinsip.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

"Apabila keputusan dibuat bukan kerana prinsip tetapi atas kepentingan sendiri dan kepentingan semasa, jangan terperanjat apabila keadaan yang sama boleh terkena kepada diri sendiri.

"Tidak ada apa yang sekarang menghalang pertukaran sokongan tanpa meninggalkan parti. Tak lompat, hanya 'terkeluar' daripada parti sebab menyokong kepimpinan Ketua Dewan, iaitu Perdana Menteri.

"Bagaimana sebaliknya? Iaitu menarik sokongan dari Ketua Dewan tanpa keluar parti sendiri.

"Keputusan ini tidak menjamin kestabilan politik," ujarnya yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

2794133

Johari berkata, enam bekas Ahli Parlimen daripada BERSATU itu akan mengekalkan kerusi masing-masing.

Speaker Dewan Rakyat pada Rabu membuat keputusan bahawa kedudukan kerusi enam bekas Ahli Parlimen BERSATU adalah kekal dan tidak dikosongkan.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang).

Kumpulan terbabit sebelum ini dilaporkan terhenti keahlian selepas mereka gagal untuk mengikut surat arahan parti bagi menyatakan ikrar taat setia kepada BERSATU.

Enam ahli Parlimen terbabit sebelum itu turut mengisytiharkan pendirian bertentangan dengan parti apabila bertindak menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi surat yang dihantar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul kepada Ketua Whip BERSATU Datuk Seri Ronald Kiandee yang dilihat The Star, Johari berkata, ahli Parlimen terbabit tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing kerana pindaan Perlembagaan parti itu yang dibuat baru-baru ini bertentangan dengan peraturan Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen.

Katanya, peraturan di bawah Fasal 10.5 perlembagaan BERSATU menafikan hak lima Ahli Parlimen terbabit yang termaktub di bawah Persekutuan Perlembagaan, Peraturan Tetap Parlimen dan Akta Dewan Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Dalam surat berasingan mengenai status Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, Johari berkata, beliau diberitahu perkara itu telah dibawa ke mahkamah.

Disebabkan itu, beliau berkata, Dewan Rakyat tidak mahu mengganggu kepentingan mereka yang terlibat dalam kes itu menerusi keputusannya di bawah Perkara 49(A)(3) Perlembagaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram