PENGUNJUNG terkejut selepas menyaksikan keadaan bumbung sebuah pondok di Taman Tasik Taiping, Perak yang runtuh pada Rabu.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Daniel Hheng, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba pada waktu pagi.
"Tiada ribut, tiada hujan tiba-tiba runtuh Subuh tadi (Rabu)," tulisnya.
BACA LAGI: Sanggup hantar nama kepada PM, ramai sokong usaha MCA bantu pelajar cemerlang SPM masuk matrikulasi
BACA LAGI: Beri elaun tak ringan beban guru, mohon pertimbang kemudahan asrama pelajar Tingkatan 6 — KGMMB
Separuh bumbung pondok tersebut yang runtuh. — Facebook
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku pada pengunjung ketika kejadian dilaporkan setakat ini.
Kejadian itu sekali gus menimbulkan kebimbangan dan kerisauan orang ramai terutamanya penduduk Taiping yang sering melakukan aktiviti riadah di kawasan tersebut.
Bagi pengguna Facebook Faridah Yusof, bahan yang digunakan pada bumbung tersebut adalah berkualiti rendah.
"Bila kualiti rendah memang cepat rosak, sama ada cepat atau lambat nak jatuh. Bahaya, tempat tu tumpuan ramai, dewasa atau kanak-kanak.
"Pelancong jangan cakaplah, memang selalu singgah, memalukan orang Malaysia," katanya.
Ada juga yang berpandangan bahawa pemasangan atap itu tidak kukuh sehingga menyebabkan ia tidak mampu menampung berat beban.
"Gaya nampak macam drill, sangkut dengan screw saja ni. Screw tak cukup kuat untuk tampung berat genting atap," komen Joe Hamid.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram