INSIDEN dialami bek tengah skuad kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee sudah tentu memberi impak mendalam akan mentaliti pemain itu yang mengakui terkesan dengannya.
Manakan tidak, tindakan jahat pelaku untuk mencuri pasport miliknya sudah tentu menimbulkan risiko keselamatan terhadap keluarga pemain berusia 30 tahun tersebut.
Jadi, harapan tinggi sudah tentu diletakkannya terhadap pihak berkuasa kerana dia mahu langkah segera diambil untuk menjejaki penjenayah supaya isu lebih teruk tidak berlaku.
BACA LAGI: Selangor sahkan Faisal Halim discaj hospital, proses pemulihan amat luar biasa
BACA LAGI: Dari bergambar bersama bas sampai main untuk Selangor, impian 2 beradik akhirnya jadi kenyataan
Selain itu, Khuzaimi sudah tentu mengharapkan supaya mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk berkongsikan dengannya demi mendapatkan keadilan dan segala barangan yang dicuri.
Jadi, dalam usaha memudahkan pencarian itu, Khuzaimi bertindak berkongsi tiga rakaman kamera litar tertutup ketika kejadian menerusi hantaran di Instastory peribadinya.
Dalam rakaman berkenaan, kelihatan sebuah kereta jenis utiliti pelbagai guna (MPV) dipandu sekitar taman perumahan sebelum sudut berbeza memaparkan kejadian sekitar pondok pengawal.
Dalam rakaman itu, kelihatan sebuah Yamaha Y-15 biru dipercayai milik Khuzaimi ditunggang melepasi kawalan sebelum diikuti kereta berwarna putih dipercayai milik pelaku.
Rakaman ketiga pula memaparkan sudut berbeza dengan ia difahamkan daripada CCTV sekitar kediaman Khuzaimi memaparkan pelaku sedang menceroboh masuk rumahnya, namun tidak dapat dipastikan jumlah orang yang terlibat.
Perkongsian itu sudah tentu membuatkan orang ramai lebih peka akan tahap keselamatan sekitar kawasan perumahan pemain kelahiran Melaka itu yang pastinya menimbulkan lebih banyak keraguan.
Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai kejadian dengan usaha giat sedang dibuat untuk menjejaki motosikal milik Khuzaimi yang lesap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram