PENUNGGANG wanita yang parah selepas ditimpa balak terjatuh dari sebuah lori di Gua Musang, Kelantan kini sedang ditidurkan selepas menerima rawatan awal di hospital daerah tersebut.
Abang mangsa, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata, adiknya, Siti Norelyana, 21, telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baru, dan berada dalam pemerhatian rapi.
Menurutnya, adiknya itu akan menjalani pembedahan di bahagian tulang belakang, pinggul, rusuk, hati, limpa, paru-paru dan pundi hempedu.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tersepit bawah tayar kereta ditimpa kayu balak dekat Gua Musang
BACA LAGI: Bapa Baby Syifa ditahan polis, disyaki terlibat kes seleweng yuran guaman
“Adik saya juga patah tulang pinggulnya.
"Dia dibius sekitar pukul 6 petang Selasa. Doktor sedang merawat kecederaan pada ususnya dan dia mungkin menghadapi komplikasi," katanya pada Rabu.
Tangkap layar video memaparkan detik-detik ketika mangsa dirempuh oleh kayu balak bersaiz besar dalam kejadian di Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
Mohamad Azwa berkata, walaupun sudah menerima bius, adiknya masih belum menunjukkan tindak balas positif di bahagian kaki dan tangan.
"Dia bertarung nyawa. Semangatnya sangat kuat. Saya berterima kasih kepada orang ramai atas doa mereka dan berharap semua orang terus mendoakan dia agar dia cepat sembuh," katanya.
Mohamad Azwa juga berkata, Siti Norelyana sepatutnya bernikah pada Disember tahun ini.
Pada Selasa, Siti Norelyana yang menunggang motosikal dihempap beberapa batang kayu yang terjatuh dari sebuah lori ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat Jalan Gua Musang-Kuala Krai. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram