[VIDEO] Rider melambung rempuh kereta buat u-turn di garisan berkembar, pemandu sibuk tengok kereta sendiri


  • Tular
  • Rabu, 10 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan kejadian yang berlaku di Batu 14 Hulu Langat yang melibatkan kereta dan motosikal pada Selasa.

SEORANG penunggang motosikal berdepan nasib malang selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Batu 14 Hulu Langat, Selangor pada Selasa.

Impak daripada kemalangan tersebut, mangsa yang sedang menunggang motosikal dari arah sama tercampak ke jalan bertentangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bagi signal saat akhir, tong gas melambung terkena kereta polis di Bukit Mertajam

BACA LAGI: Dah berzaman 'free show', bilik mandi hotel di Cameron Highlands buat ramai resah dapat 'dosa kering'

Kejadian tersebut turut dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan yang juga berada di lokasi sama.

Berdasarkan klip tersebut, kereta terbabit sudah memberikan lampu signal untuk melakukan pusingan U dan secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah motosikal.

Bagaimanapun, pemandu itu didapati melanggar undang-undang jalan raya apabila dilihat membuat pusingan-U di garisan berkembar di jalan tersebut.

Malah jika diperhatikan, penunggang tersebut juga melakukan kesalahan kerana memotong di garisan berkembar.

Susulan insiden tersebut, pemandu terbabit dilihat keluar daripada keretanya, namun hanya untuk memeriksa keadaan kenderaannya tanpa mengendahkan nasib penunggang berkenaan.

Tindakannya mengundang kecaman warga maya kerana lebih mementingkan diri daripada memberi bantuan terlebih dahulu kepada mangsa kemalangan tersebut.

"Boleh tahan pemandu ni, keluar kereta ingatkan nak tolong penunggang motosikal, rupanya tengok kereta dulu," kata Wan Mohd Firdaus.

"Boleh pula dia check kereta dia okey ke tak, bukannya nak tolong rider tu," kata Tg Juan Jr.

"Sepatutnya tolong mangsa dulu, bukan tengok kereta, jangan pentingkan diri sendiri," kata Emran Mohamad.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram