SATU laporan polis dibuat susulan penggunaan nama dan gambar Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad di saluran aplikasi Telegram baru-baru ini.
Nik Nazmi berkata, laporan itu dilakukan selepas imejnya digunakan dalam kumpulan skim pelaburan di aplikasi tersebut.
"Laporan polis tersebut telah dibuat untuk menafikan penglibatan saya dengan akaun tersebut serta untuk menjaga nama baik saya," katanya dalam satu kenyataan di Twitter (X) pada Selasa.
Laporan polis yang dibuat susulan peglibatannya dalam skim pelaburan. — Twitter
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya itu, laporan tersebut juga dibuat bagi melindungi dirinya daripada dakwaan palsu itu.
Nik Nazmi pada masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya atau terlibat dengan skim penipuan sedemikian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram