Supardi ganti Nik Nazmi jadi Pengerusi MPN Kelantan


  • Politik
  • Isnin, 03 Jun 2024

Suparadi akan bergandingan dengan Dr Shamsudin Ghani sebagai Timbalan Pengerusi MPN.

KETUA Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan yang baharu.

Perkara itu diumumkan oleh PKR Kelantan menerusi satu kenyataan media pada Isnin dengan Supardi secara rasmi menggantikan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

BACA LAGI: Keputusan PKR lantik pegawai kerajaan jadi ahli MPP parti cetus persoalan

BACA LAGI: Lebih 10 nama dihantar calon Pengerusi PKR Sabah, PM Anwar belum buat kata putus

61717394224_freesize

Kenyataan rasmi daripada PKR mengenai pelantikan Supardi sebagai MPN Kelantan yang baharu.

Selain itu, Mohamad Suparadi akan bergandingan dengan Dr Shamsudin Ghani sebagai Timbalan Pengerusi MPN.

Sementara itu, Mohamad Zamakhsari Ibrahim, Nik Lukman Nik Omar dan Mohd Shukri Ishak dilantik sebagai Naib Pengerusi.

"Saya berharap agar ahli Majlis Pimpinan Negeri Kelantan yang telah dilantik dapat bersama memaknai reformasi dan menjulang Madani," kata Mohamad Suparadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram