PRK Sungai Bakap: 'Ramai yang layak', calon Pakatan Harapan diumum minggu depan — PM Anwar


  • Politik
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Anwar bagaimanapun mahu perbincangan dibuat terlebih dahulu dengan komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

CADANGAN calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap bakal dimuktamad dalam satu mesyuarat kepimpinan parti kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini ada cadangan untuk meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi berkenaan.

"Kita dah ada senarai, kita sudah ambil calon yang layak. Ramai yang layak. Insya-ALLAH kita umum pada minggu depan. Tarikhnya saya minta Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli umumkan. Tengok tarikh yang sesuai minggu depan. Tapi selalunya, proses ini kita bincang dengan kepimpinan parti. Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) untuk kita maklum dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

BACA LAGI: PRK Sungai Bakap berlangsung pada 6 Julai — SPR

BACA LAGI: Bekas guru, isteri arwah Nor Zamri antara nama disebut bertanding PRK Sungai Bakap

2712263

Nor Zamri meninggal dunia akibat komplikasi sakit perut dialaminya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Sultan Abdul Samad, Putrajaya pada Jumaat.

PRK Sungai Bakap diadakan selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan dialaminya pada 24 Mei lalu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula dilaporkan berkata kepimpinan tertinggi PKR mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR pada petang Khamis bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram