Dakwa ditumbuk ‘Orang Besar’ Rembau, 17 saksi dipanggil


  • 112
  • Selasa, 09 Jul 2024

Mangsa kini dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

POLIS sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki bahawa dia ditumbuk oleh individu yang memegang jawatan penting di Mahkamah Undang-undang Rembau, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki itu membuat laporan pada 4 Julai lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Insiden bapa mengamuk anak dilayangkan kad merah sudah diselesaikan secara baik — Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

BACA LAGI: 'Alhamdulillah sudah selesai', bapa reda misteri kehilangan peminat bola sepak terjawab

"Lelaki itu mendakwa individu yang merupakan salah seorang daripada Datuk Luak Rembau telah menumbuknya semasa satu majlis di Mahkamah Undang-undang.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya lagi, seramai 17 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja.

Pesalah boleh dipenjara sehingga setahun, atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram